Setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia permotoran, dari 2 tayar kepada 4 tayar, dari pinjam kepada milik sendiri, hari ini aku tiba-tiba terbuka hati nak berkongsi pengalaman dengan semua hal-hal berkaitan dengan kenderaan.
Seingat aku, lesen sah diperolehi pada tahun 1998. Dan bermulalah era menunggang motosikal Honda EX5 K** 9867. Masa ni mana ada istilah mat rempit lagi. So aku menggunakan EX5 ni ke sekolah, tuisyen, berkelah, merayau dan seumpamanya yang menghabiskan wang ringgit. Sampai sekarang masih hidup dan sihat sejahtera EX5 tu.
Gambar : Walaupun EX5, tapi mampu bersaing dengan 125Z dan SS2. Perjalanan jauh dari Alor Setar menuju ke Bangi.
Selepas era 2 roda, aku mula beralih kepada 4 roda. Bermula dengan Datsun 180K yang dimiliki oleh ayahanda ku. Kereta ni kira champion la pada zamannya. Dengan spesifikasi enjin 1800cc sohc 8 valve, kaburator, GB manual tapi mempunyai kuasa setinggi 130hp kalau tak silap. Sekarang kereta ni ada yang buat driff car, tapi tak ramai orang minat sebab berat. Maka bermulalah era aku memandu kereta ni merata-rata bila berkesempatan. Tapi tak selalu sebab kereta cc besar dan lama macam ni minyak kuat. Masa ni aku student ja. So sekali isi minyak RM10-RM20 jer. Student mampu isi minyak motor jer kerap.
Gambar : Macam ni la rupanya Datsun 180K. Ni cuma gambar pinjam jer. Memang sedap bawa keter ni. Macam bawa MERC versi Jepun.
Selepas puas ayahanda aku memandu kereta ni, dia beralih arah kepada Toyota LE dengan enjin 4AGE 16 valve. Memang puashati la bawa kereta LE ni. Cuma usianya tak bertahan lama kerata faktor kereta yang agak kecil berbanding dengan jumlah ahli keluarga yang ramai, maka ayah aku jual kereta ni. Rasanya dalam 6 bulan sahaja aku sempat bawa kereta ni.
Gambar : Model yang sama jenis. Gambar pinjam lagi. Dengan spesifikasi 1600cc, manual, memang terasalah daya G-Force semasa memandu kereta ni.
Selepas menjual Toyota LE, ayah aku memilih honda accord 2000 @ CA5. Keputusan yang dibuat diluar jangkaan aku sekeluarga sebab yang aku ingat, pagi tu ayah aku keluar kerja dengan memandu Toyota LE dan tak pernah bercakap pun nak jual kereta ini. Tapi bila bapa ku pulang dari kota, bapa ku pandu kereta, kereta accord warna merah, boleh ku bawa meronda. Menurut cerita ayah aku, tengahari masa dia sedang makan di sebuah kedai, ada seorang kawan berminat nak beli Toyota LE tersebut. Pada masa yang sama juga, ada seorang kawan lama ayah aku nak jual Honda Accord CA5 yang dia miliki. Tanpa banyak bicara, ayah aku terus bersetuju menjual Toyota LE tersebut bersama-sama dengan kaset original aku yang ada kat dalam kereta tu. Selesai urusan jual beli, terus bayar downpayment Honda Accord. Itulah kisahnya. Kalau tak silap kejadian berlaku pada hujung tahun 2002 @ awal tahun 2003.
Bermula saat itu pula, aku mula memandu Honda Accord. Dan bermula dengan memandu Accord, aku mula menanam cita-cita nak beli Accord SV4 sebab nampak lagi garang.
Gambar : Model Honda Accord CA5 2000cc. Gambar pinjam.
Pada penghujung tahun 2006, maka bermulalah kisah aku yang sebenar. Masa ni dah kerja Gomen, so dah ada duit sendiri. Aku dah mula survey Accord SV4 @ Jerung. Duit dah ada dalam tangan 30k, boleh dah nak beli tunai. Survey punya survey. Jumpa la sebijik Jerung manual di used car. Pada masa yang sama ada juga Honda Civic EG8 auto di kedai yang sama. Kebetulan masa pergi tu, ayah aku ada sekali sebab dia bawa ke kedai kawan dia. So ayah menentang hasrat aku. Tak jadi beli, dan balik rumah berfikir dulu pilihan yang wajar.
Gambar : Accord SV4 @ Jerung yang menjadi idaman kalbu aku semasa mula2 survey nak beli kereta. Enjin F20B Vtec Tiptronic. Ni gambar hiasan jugak.Beza dengan kereta ni dengan kereta yang aku jumpa dulu pada warna dan rim jer. Yang aku ingat Jerung yang aku tengok dulu warna red ferrari rim 18.
Gambar : Civic Ferio EG8 sohc vtec auto. Ni gambar keter aku. Dah beli masa ni. Dalam keadaan stended kilang lagi. Rim 14. Memang jauh beza la dengan Jerung kat atas.
Pada mulanya aku memang berminat sangat dengan Jerung yang ditawarkan oleh tokey kedai used car tu. Harga Jerung yang dibuka sebelum tawar menawar dalam bajet aku lagi. Harga EG8 pulak murah dari harga pasaran, masa tu EG8 di kebanyakan kedai dalam lingkungan RM25-RM30k lagi. Aku pun cakap pada ayah aku, nak ambik Jerung tapi dia tak bagi dengan alasan mantainance tinggi, minyak kuat, roadtax banyak. So aku sebagai anak yang soleh malas nak berbalah dengan orang tua. Ikut jer dulu. So aku cakap, balik pikir dulu dan nak survey kereta lain sama. Tapi EG8 ni, dah ada orang booking dengan pendahuluan RM1000.00 dan harga jualan RM24k.
Hari kedua pencarian, pergi ke sebuah kedai di Alor Setar. Kedai kawan ayah aku jugak. Kat situ ada sebuah Lelumba B16A Manual berwarna biru. Harga kedai buka sebelum tawar menawar RM27k. Memang murah tahap aku pun tak percaya sekarang lagi naik harga. Aku berminat, dan ayah aku pon minat jugak. Tapi mak aku pulak cakap, suruh aku pikir betul2 sebab keter pintu dua takut pakai tak lama nak tukar 4 pintu pulak. Lagi satu, aku pikir balik Lelumba tersebut banyak nak kena buat. Sebab masa test drive, bermacam-macam bunyi yang kedengaran. Lagi satu cat pun nak kena cat semula.
Gambar : Lelumba biru yang aku survey. Memang cun dari segi bodykit, rega.
Tapi disebabkan jahil vtec lagi masa tu, aku pon wat dek jer dengan Lelumba ni. Masa tu tak tahu lagi apa itu vtec besar, vtec kecik, sohc vtec. Dan juga masa tu tak terpikir la pulak harga Lelumba boleh melambung macam sekarang. Kalau la ada mesin masa, aku nak balik ke masa dulu, jumpa diri aku yang dulu suruh beli lelumba tersebut. Dah kawin jual dengan harga yang lagi mahal.
Pencarian yang seterusnya aku berjumpa dengan kawan ayah aku dekat kepala batas kedah. Dia nak jual keter EK3 Virs dengan harga RM32k. Dah test drive, condition cun, rega cun. Aku pun dah minat. Cuma tak bagi kata putus lagi. So balik rumah nak pikir dulu.
Gambar : Model EK3 Virs Multimatic yang aku tengok. Memang cun dah, tapi...............
Balik rumah, aku pon bagi kata putus kat ayah aku. Aku nak beli kereta EK3 tersebut. Ni selepas aku dah sembahyang sunat, minta pertunjuk daripada Yang Maha Esa pilihan terbaik. Namun apakan daya, ayah aku menentang hasrat aku. Alasan yang diberikan kereta ni mahal, baik ambik EG8 sebab boleh jimat banyak tak pun cari yang lain yang lebih murah. Bila aku berkeras nak jugak, ayah aku pulak macam terasa hati dengan aku, dia cakap "ikut aku lah nak pilih yang mana". Aku bab keluar ayat macam ni menyebabkan aku lemah sket. So, aku pon cakap nak cari kereta lain lagi.
Hari berikutnya, aku merantau lagi. Ingat nak keluar sendiri pergi area SP. Tapi awal2 pagi lagi ayah aku dah cakap nak bawa tengok sebiji lagi kereta EG tengah cat dekat bengkel. Tak boleh la nak tolak permintaan ayah aku. So aku pun ikut la. Sampai kat situ, aku tengok sebiji EG9 B16A manual original sedang dalam proses pengeringan cat. Warna Red Chilli. memang tak leh test drive la. Call tokey kedai, dia cakap nak lepas dengan harga mati RM26k tak masuk kos roadtax, insuran dan tukar nama. Pada masa yang sama, tokey tu cakap EG8 yang sebelum ni dah dibooking, buyer kata tak jadi sebab kredit dan loan tak lepas. So dia offer lagi kat ayah aku. Maka kami terus bergegas ke kedai tersebut. Buat bayaran, ambik kereta dah terus pulang rumah. Selepas majlis penyerahan kunci kereta, maka aku dengan sahnya menjadi pemilik ketiga kereta tersebut.
wah cik adam peminat honda betul ye...
ReplyDelete